Pengalaman ini sebenarnya dah lama berlaku disebabkan kurang cakna tentang prosedur memperbaharui insurans kereta dan cukai jalan / road tax. Pada masa tersebut, aku biasanya harapkan ayah aku untuk renew insurans dan cukai jalan. Tapi tahun tersebut aku minta ayah aku renew insurans kereta, tapi aku nak cuba sendiri buat cukai jalan kononnya. Pada masa tersebut, aku kurang tahu yang bahawa adanya tempoh untuk kita buat cukai jalan setelah insurans kereta diperbaharui. Kalau tidak salah, dalam masa 15 hari setelah insurans kereta diperbaharui, kau kena buat cukai jalan. Kalau tidak, kau kena tambah duit sikit lagi untuk aktifkan semula insurans kereta kau. Tak ke susah hidup bila suka tangguh kerja. Aku pun dah memang terlebih tempoh tersebut. Jadi macam mana pula aku boleh naik mahkamah sebab benda ni? Di pendekkan cerita, aku kena tahan dengan JPJ kerana insurans kerata dan cukai jalan yang baharu tiada dalam data JPJ. Padan muka 💆. Lepas dapat surat saman warna merah, aku inga...
Pengalaman baru aku ini biasanya disebabkan keterpaksaan. Baru-baru ini kebanyakan dari kita menerima bantuan dari kerajaan untuk menghadapi situasi sekarang iaitu pandemik COVID19. Aku antara salah seorang itu. Alhamdulillah sudah terima. Tapi, aku terima nilai bantuan yang salah. Terlebih RM300. Atas rasa tanggungjawab, aku rasa perlu untuk duit itu dipulangkan semula. Tapi bagaimana? Macam semua netizen, aku mula meng'Google' maklumat. Akhirnya, kawan aku kongsi cara tersebut yang dia baca melalui posting seseorang ini yang mana aku dah lupa nama Facebook beliau. Di bawah ini aku tunjukkan screen shot posting tersebut. Okay, berbalik pada topik utama. Cara nak buat draf bank. Ini berdasarkan pengalaman aku buat draf bank di Bank Islam. Adalah lebih mudah untuk kau buat di bank yang kau ada akaun. Langkah 1: Masuk bank dan beritahu orang kaunter depan yang kau nak buat draf bank. Dia akan bagi borang. Borang yang aku dapat adalah 'Borang Permohonan Kiriman Wa...