Skip to main content

Pengalaman naik mahkamah

Pengalaman ini sebenarnya dah lama berlaku disebabkan kurang cakna tentang prosedur memperbaharui insurans kereta dan cukai jalan / road tax.

Pada masa tersebut, aku biasanya harapkan ayah aku untuk renew insurans dan cukai jalan. Tapi tahun tersebut aku minta ayah aku renew insurans kereta, tapi aku nak cuba sendiri buat cukai jalan kononnya. 

Pada masa tersebut, aku kurang tahu yang bahawa adanya tempoh untuk kita buat cukai jalan setelah insurans kereta diperbaharui. Kalau tidak salah, dalam masa 15 hari setelah insurans kereta diperbaharui, kau kena buat cukai jalan. Kalau tidak, kau kena tambah duit sikit lagi untuk aktifkan semula insurans kereta kau. Tak ke susah hidup bila suka tangguh kerja. Aku pun dah memang terlebih tempoh tersebut. Jadi macam mana pula aku boleh naik mahkamah sebab benda ni?

Di pendekkan cerita, aku kena tahan dengan JPJ kerana insurans kerata dan cukai jalan yang baharu tiada dalam data JPJ. Padan muka 💆. Lepas dapat surat saman warna merah, aku ingat kena bayar saman sahaja. Terjegil mata bila tengok tertulis tarikh naik mahkamah. Memang hidup aku kurang aman selama menunggu tarikh naik mahkamah. 

Pada hari kejadian, sampai sahaja aku di mahkamah, tempat pertama yang aku pergi adalah pondok pengawal untuk tanya selok-belok bangunan mahkamah dan ke mana harus aku tuju. Aku dah lupa apa nama biliknya. Sampai sahaja ke tempat yang dituju, aku tengok ramai rupanya yang senasib dengan aku. Rasa lega sikit tu ada sebab aku tidak berseorangan. Kami semua tunggu di luar bilik perbicaraan. 

Beberapa minit kemudian, semua dipanggil masuk. Semua diam. Hakim masuk, semua bangun tanda hormat. Perbicaraan dimulakan mengikut kes. Sementara menunggu kes aku, aku perhatikan macam mana proses perbicaraan kes lain dibuat. Rupanya akan ada satu bahagian di mana kita perlu bercakap untuk kemukakan pandangan kita tentang kes tersebut. Maksud aku, buat rayuan. Ramai jugak yang gagap. Aku mula mengarang idea ayat-ayat yang perlu.

Kes aku dipanggil. Aku bangun dan berdiri di tempat yang disediakan. Kes dibacakan. Aku buat rayuan dan nyatakan yang bahawa insurans aku sudah renew semasa aku kena saman cuma cukai jalan belum. Aku mintak kurang denda atau samannya. 
Ayat lain yang kau boleh tambah adalah, "Ini adalah kesalahan saya yang pertama".

Kemudian hakim minta aku duduk dahulu. Tunggu sekejap dan kes aku dipanggil semula. Hakim bacakan hukuman atau denda yang dah dikurangkan. Setelah itu, aku tunggu untuk polis datang iring aku masuk satu bilik ini untuk buat pembayaran. Dah bayar, turun bawah pula untuk ambil resit. Tunggu dan tunggu. Boleh tahan lama. Sudah dapat resit, aku balik dengan perasaan lega. Gembira juga sebab dapat pengalaman baru. 

Pengajaran dia mudah, jangan buat kerja bertangguh. Sejak dari itu, aku mula pandai renew road tax dan insurans kereta secara online. Alhamdulillah 🐹 


Comments

Popular posts from this blog

Cara buat draf bank

Pengalaman baru aku ini biasanya disebabkan keterpaksaan. Baru-baru ini kebanyakan dari kita menerima bantuan dari kerajaan untuk menghadapi situasi sekarang iaitu pandemik COVID19.  Aku antara salah seorang itu. Alhamdulillah sudah terima. Tapi, aku terima nilai bantuan yang salah. Terlebih RM300. Atas rasa tanggungjawab, aku rasa perlu untuk duit itu dipulangkan semula. Tapi bagaimana? Macam semua netizen, aku mula meng'Google' maklumat. Akhirnya, kawan aku kongsi cara tersebut yang dia baca melalui posting seseorang ini yang mana aku dah lupa nama Facebook beliau. Di bawah ini aku tunjukkan screen shot posting tersebut. Okay, berbalik pada topik utama. Cara nak buat draf bank. Ini berdasarkan pengalaman aku buat draf bank di Bank Islam. Adalah lebih mudah untuk kau buat di bank yang kau ada akaun. Langkah 1: Masuk bank dan beritahu orang kaunter depan yang kau nak buat draf bank. Dia akan bagi borang. Borang yang aku dapat adalah 'Borang Permohonan Kiriman Wa...