Pengalaman baru aku ini biasanya disebabkan keterpaksaan. Baru-baru ini kebanyakan dari kita menerima bantuan dari kerajaan untuk menghadapi situasi sekarang iaitu pandemik COVID19.
Aku antara salah seorang itu. Alhamdulillah sudah terima. Tapi, aku terima nilai bantuan yang salah. Terlebih RM300. Atas rasa tanggungjawab, aku rasa perlu untuk duit itu dipulangkan semula. Tapi bagaimana?
Macam semua netizen, aku mula meng'Google' maklumat. Akhirnya, kawan aku kongsi cara tersebut yang dia baca melalui posting seseorang ini yang mana aku dah lupa nama Facebook beliau. Di bawah ini aku tunjukkan screen shot posting tersebut.
Okay, berbalik pada topik utama. Cara nak buat draf bank. Ini berdasarkan pengalaman aku buat draf bank di Bank Islam. Adalah lebih mudah untuk kau buat di bank yang kau ada akaun.
Langkah 1: Masuk bank dan beritahu orang kaunter depan yang kau nak buat draf bank. Dia akan bagi borang. Borang yang aku dapat adalah 'Borang Permohonan Kiriman Wang' / 'Remittance Application Form'
Langkah 2: Isi borang. Borang ini memerlukan maklumat asas kau dan juga penerima. Mana-mana ruangan yang tidak pasti kau tinggalkan atau bertanya pada orang kaunter tadi.
Langkah 3: Ambik nombor giliran dan tunggu sehingga selesai dan kau dapat draf bank. Sediakan IC dan kad ATM. Tunggu hingga selesai.
Caj perkhidmatan yang dikenakan oleh setiap bank adalah berbeza. Bagi Bank Islam, caj yang dikenakan berjumlah lebih kurang RM 2.65 iaitu komisen dan duti setem.
Itu sahaja perkongsian aku tentang draf bank dari sudut pandangan pengguna. Harap info ini berguna 🐈
Comments
Post a Comment