Pengalaman ini sebenarnya dah lama berlaku disebabkan kurang cakna tentang prosedur memperbaharui insurans kereta dan cukai jalan / road tax. Pada masa tersebut, aku biasanya harapkan ayah aku untuk renew insurans dan cukai jalan. Tapi tahun tersebut aku minta ayah aku renew insurans kereta, tapi aku nak cuba sendiri buat cukai jalan kononnya. Pada masa tersebut, aku kurang tahu yang bahawa adanya tempoh untuk kita buat cukai jalan setelah insurans kereta diperbaharui. Kalau tidak salah, dalam masa 15 hari setelah insurans kereta diperbaharui, kau kena buat cukai jalan. Kalau tidak, kau kena tambah duit sikit lagi untuk aktifkan semula insurans kereta kau. Tak ke susah hidup bila suka tangguh kerja. Aku pun dah memang terlebih tempoh tersebut. Jadi macam mana pula aku boleh naik mahkamah sebab benda ni? Di pendekkan cerita, aku kena tahan dengan JPJ kerana insurans kerata dan cukai jalan yang baharu tiada dalam data JPJ. Padan muka 💆. Lepas dapat surat saman warna merah, aku inga...